skip to main |
skip to sidebar

"bang.." satu suara menyapa aku dari belakang. Aku toleh, dia tersengih.
"kau sapa..?"
"Farid bang, budak-budak panggil saya Bintik, dorm abang Shahrul.." dia masih tersengih.
"okay, Bintik, apa cerita..?"
"ada budak selalu selongkar locker saya.."
"kau tak lock ke..?"
"kalau saya kunci pun, diorang bukak jugak.." sudah tiada sengih di wajahnya. Aku serba salah.
"kau dah bilang Shahrul..?"
"dah, tapi macam takde apa-apa pun..."
Aku menarik nafas panjang. Geram. Cukup berbulu aku dengan manusia sebegini. Sudah diberi tanggungjawab, mereka ambil mudah. Kalau jadi pemimpin tapi tak boleh diharap, lebih baik pergi mati!
"kau tau kan, ini bukan kerja aku.." aku menerangkan.
"saya tau, saya tak tau nak buat apa, Isa cakap jumpa abang.."
"diorang carik apa dalam locker kau..?"
"semua barang saya diorang guna, ubat gigi, Tancho, kadang-kadang t-shirt saya, bedak saya diorang pakai untuk main karom, biskut saya jangan cakap ah, dah macam harta wakaf.."
Aku menggeleng kepala.
"kau tak beritau diorang, jangan usik locker kau..?"
"dah banyak kali, diorang ketawa je.."
"kau balik dorm dulu, nanti aku bilang dengan Shahrul..."
Petang itu aku menyertai Kelab Koperasi untuk program mengumpul derma membiayai yuran asrama pelajar-pelajar bijak tetapi menghadapi masalah kewangan. Mesyuarat diadakan antara guru-guru terlibat dan ahli kelab. Aku langsung tak ambil tahu perbincangan petang itu. Mata asyik memerhati si cantik manis dari jauh. Dia tersenyum simpul bila menyedari perbuatan aku. Lidah dijelirkan beberapa kali, aku tersengih, puas ati.
"tengok macam nak telan orang.." dia menjegilkan matanya yang sepet.
"tak suka..? Kalau tak suka, nanti abang pandang orang lain je..." aku mengugut.
"suka, suka sangat..!" dia kembali tersenyum. Merah bibirnya yang basah bikin aku lupa diri, lupa tentang alam, lupa tentang Bintik.

Lepas maghrib aku terus kembali ke dorm, dalam perjalanan aku bertembung dengan Musa, salah seorang brader Majlis Sembilan.
"haa.. Di, kau nak gi mana..?"
"balik dorm, kenapa..?"
"ikut aku kejap, ada budak bergaduh kat bawah..."
Aku berpusing dan terus mengikut Musa turun ke dorm bawah bukit. Dalam hati berbisik.. 'eh, ini dorm Shahrul ni..' Aku jadi tak sedap hati.
Saat aku melangkah masuk dorm itu, aku terlihat Bintik yang sudah terkulai layu dengan hidung berdarah dan bibirnya yang membengkak. Aku teringat cerita dia awal petang tadi. Hati aku jadi sebak melihat keadaannya. Mata aku melilau cari Shahrul.
"diorang bergaduh pasal benda kecik je.." jelas Shahrul pada Musa.
"ini bukan kesan gaduh, kau tengok muka dia yang lunyai tu, ini kena sesah...!!!" aku tarik Shahrul dan tunjukkan muka Bintik yang makin membengkak itu.
"Di, aku bawak kau sini bukan untuk buat kecoh.." Musa mengingatkan.
"Shahrul, budak ni dah beritau kau pasal barang dia selalu kena selongkar, tapi kau buat bodo je, aku heran macam mana kau dapat title ketua dorm ni..." aku makin mendidih.
"Di, biar aku settle benda ni, kau boleh balik dorm.." Musa menarik aku ke tepi. Dia mungkin dapat mengagak kesannya jika aku berterusan begini. Aku cuba mengawal jiwa yang sudah mendidih. Tarik nafas sedalamnya dan aku rasa sedikit tenang. Namun bila aku toleh dan melihat keadaan Bintik yang masih terbaring membuat aku ingin tinju muka Shahrul semahunya.
Aku terus meluru keluar. Berlari selajunya menuju dorm sendiri, ternampak Itam yang sedang menggosok baju.
"Tam, dorm kita ni ada kosong lagi tak..?"
"ada 2 locker dan katil kosong, kenapa..?"
"kau carik Yem dengan Isa, bilang suruh jumpa aku kat dorm bawah.."
Aku terus kembali ke dorm Bintik. Masih terdapat beberapa orang yang masih di situ. Aku memerhatikan gelagat mereka. Mata terus tertumpu ke sekumpulan tiga orang yang berbual dengan kuat sambil ketawa. Musa dan Shahrul sudah tiada. Bintik masih lagi disitu, menyusun kembali baju-bajunya yang berselerak sekitar locker.
"korang kenal aku sapa kan..!!!" aku bersuara, agak kuat untuk menarik perhatian mereka.
"aku bagi tempoh sampai malam besok, sapa yang rembat budak aku ni, baik datang mintak maaf dengan dia. Kalau sampai besok, takde sapa yang ngaku, aku carik korang...!!!" aku toleh kembali memandang budak bertiga tadi. Masing-masing senyap membatu. Aku merapati Bintik. Dia menceritakan hal yang terjadi.
"malam ni kau naik dorm aku, pindah terus.."
Aku lihat Yem dan Itam sudah mengelilingi aku.
"Tam, kau kemas tempat yang kosong tu, biar dia duduk.." aku menunjuk ke arah Bintik.
"Yem, kau tolong aku angkat barang-barang dia naik dorm atas.."
Shahrul dan Musa yang kembali masuk dalam dorm menghampiri aku.
"Di, kau tak boleh buat macam ni, dia ketua dorm sini.." Musa bersuara dengan nada yang mendatar.
"budak ni kena buli, dia beritau Shahrul, takde tindakan, bila budak-budak yang buli dia tu buat lagi, selongkar barang dia, dia melawan, dia kena sesah..."
"okay... tapi pindahkan dia tak menyelesaikan masalah, Di.." Musa menambah. Shahrul cuma diam. Pengecut. Species takde telur.
"abang nak saya buat apa..? Tumbuk muka dia sampai pecah..!" aku mengacukan penumbuk ke muka Shahrul.
"dia budak saya, saya dah bilang hari tu, usik budak saya, jentik budak saya, saya carik sampai lubang cacing..." jelas aku lagi sambil menjeling ke arah tiga budak yang aku syak memukul Bintik, masih senyap di tepi katil.
Jimi dan Isa datang dan tolong memunggah barangan yang siap dikemas.
"ingat, tempoh sampai besok malam, aku turun bawah lagi nanti..!"
[bersambung...]
.

Salam satu Malaysia... ceh, tiba-tiba je.
Yes, ramai yang tanya pasal update, siri Senandung yang tertangguh lagi dan kesibukan yang teramat. Tapi dalam pada tu, aku dan seorang lagi rakan, Meor Ballack sedang berkolaborasi untuk blog Sindrom Darah Biru khas buat peminat dan penyokong Chelsea FC. Tak kira siapa pun korang, yang minat sikit, yang minat giler, yang suka-suka minat pun boleh.
Jadi, dengan adanya blog Sindrom Darah Biru ini, entri-entri akan datang dibawah label Chelsea FC akan berpindah ke sana. Harap maklum.
Siri Senandung Raja Naga akan terbit seperti biasa walaupun jumaat ini raya haji, aku tak kemana pun kalau raya haji. Untuk itu aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Aidiladha pada semua kawan-kawan dan pembaca Bumi Sang Naga.
*Ahli jawatankuasa korban tahun lepas dah berkurangan 5 orang setelah mereka pergi mengadap Al-Maliqul Quddus sepanjang 2009 ini. Al-Fatihah.
.

Dari JB ke SB... menelusuri Tanjung Puteri, Johor Bahru dan terbang merentas benua menuju Stamford Bridge, itu status FB aku sabtu lepas, dalam pada orang sibuk-sibuk ke Bukit Jalil tengok persembahan bunga api dan mercun, asap berkepul-kepul dan rejaman botol, hehehe... first time aku tengok bomba jaga final game kat stadium.
Ramai yang tanya, mana entry aku untuk game Super Sunday..?? Memang aku nak bikin review, tak berkesempatan, last-last aku letak gambar je. Orang bilang gambar ni dapat menceritakan seribu kisah...

Moment ketika hasrat itu bakal di realisasikan... John Terry dengan Joe Cole adalah member aku kat Facebook, satu hari dia ajak aku turun London tengok game, aku pilih ah 8 November punya game, bersejarah tu. Aku pun pergi la, dah orang offer, nanti kata tak sudi pulak, kan..?



Tersergam megah mahligai kayangan Chelsea FC, dengar cerita kalau jadik renovate, Samsung yang keluarkan modal, tapi dengan syarat, nama kekal Stadium Samsung. Pengharaman atas pembelian pemain oleh C.A.S dan FIFA telah digantung buat sementara, Encik Carlo Ancelotti tengah deal nak ambik Franck Ribery dari Bayern Munich. Jika tak dapat jugak, Chelsea mula usha player-player muda seperti Angel Di Maria dari kelab Benfica dan Alex Teixiera dari kelab Vasco da Gama.




Gambar atas dan bawah ni sekitar dalam stadium, ni pinjam kamera bini Joe Cole, henfon aku bateri weak...


Orang dah ramai memenuhi kawasan, budak yang pegang bendera logo depan ni, nampak je macam anak mat saleh, rupa-rupanya abah dia budak Masjid Tanah, Melaka. Patut ah dia asyik tanya aku, ada tak bawak belacan Kelebang datang sini. Aku senyum je. Bodoh betul, aku dah bilang dari JB, dia sibuk tanya pasal belacan...
Whoa... ini banner betul-betul buat aku meremang bulu roma siot, rasa macam nak terkencing pun ada. Mungkin suhu London yang agak sejuk.

Maskot Chelsea FC, Stamford the lion... cukup baik hati dan friendly, dia ada suruh kirim salam kat Fasha Sandha, kata dia Fasha tu sexy, gila horny betul ini singa. Aku anggukkan aje.

Gol tunggal perlawanan, aku anggap Terry je yang heading gol ni walaupun masa tu Abdul Salam Bilal (Nicolas Anelka) pun kena gak bola tu lalu kepala dia. Bukan apa, Terry dah belanja aku tengok game ni, karang kecik ati, susah ah...


Korang tengok live tak masa ni..?
Haa... kalau korang perati betul-betul, diorang ni tengah jerit betul-betul depan aku. Hehehe...

Ada sesapa tertinggal muffler kat sini woi..??
Karang aku ambik bawak balik Malaysia kang...!

Aku pada mulanya ingin bergambar kat sini, tapi Joe Cole sound...
"come on Eddie, are you twelve or what..??"
Adoi.. slow je aku blah, yelah, budak-budak baru naik boleh ah nak ambik gambar kenangan kat situ. Takpe ah, nanti aku repeat sini lagi.

Relax one corner kena lemonade dulu sebelum Terry hantar aku balik.

Walau dalam kepenatan lepas game, dia dan Joe Cole sanggup nak tolong hantar sampai airport...

Sampai rumah terus tido... eh, ke aku mimpi je tadi..???
Suasana sejuk akibat hujan November, impian Manchester United rabak di mahligai syurgawi. Mungkin ada yang mencebik, ala... 1-0 je pun, tapi jangan lupa beb, lima mata leading dalam takhta liga, belum cerita Arsenal yang di tangga kedua tu lagi, kalau kena jugak dengan The Gunners tu, aku dah tak tau nak bilang apa lagi la...
Untuk Arsenal, there's only one team in London!!!
.

Malam itu aku dengan Yem keluar surau agak lewat sikit, tunggu sehingga semua penghuni asrama bergerak balik dorm masing-masing. Aku perhatikan beberapa brader Majlis Sembilan masih lagi lepak di kawasan paip untuk wuduk sambil menyusun terompah yang bersepah. Kelibat Ezwan dan Abu Rizal tak kelihatan menandakan 'projek' aku bermula sebentar lagi. Setelah semuanya balik dorm, suasana kembali sunyi. Aku matikan keseluruhan besar lampu dan kipas surau dan mula menapak keluar.
Sekitar pukul 9 malam, aku dan Yem mula mencari satu sudut sesuai untuk kami duduk bersembunyi dikawasan belakang surau.
"Di, kau agak-agak 'benda' tu keluar tak malam ni...?" Yem membuka bicara setelah kami mula berlabuh relax di hujung penjuru berhadapan longkang besar. Senang nak berasap dan hapuskan bukti (hehehe... lepas isap rokok, campak je puntung ke longkang besar)
"entah..." aku bersuara, ringkas.
Sehingga ke awal 12 tengah malam, tiada tanda-tanda untuk penantian aku berhasil, tanda-tanda mengantuk sudah cukup banyak. Aku perhatikan Yem sudah menguap lebih 5-6 kali menandakan kami perlu berundur malam ini.
Esok pagi sebelum ke sekolah, aku jenguk Jimi yang masih dalam 'cuti sakit'. Bila dia terlihat aku masuk kedalam dorm, senyumnya melebar. Mukanya masih pucat menunjukkan badannya yang masih lemah. Aku duduk di sebelah katil, sambil mata melilau sekeliling.
"baju-baju kotor kau kumpul karang, nanti balik aku tolong basuh..." aku mengarah.
"takpe ah Di.. petang karang aku okay nanti, aku cuci ah..." dia bersuara, masih lemah.
"ada Itam bawakkan sarapan pagi tadi...?" aku menambah.
Jimi hanya mengangguk. Tapi aku lihat dalam pinggan di sebelahnya, roti berinti kaya dan marjerin masih tidak berusik. Cawan pula masih penuh dengan teh.
"makan ah sikit, nanti kau makan ubat macam mana kalau perut kosong..."
Malam karang aku nekad untuk menunggu 'si puaka' itu lagi, kali ini jika Yem tak nak ikut sekalipun, aku tetap akan pergi seorang diri.

2 malam sudah berlalu, namun aku masih gagal bertemu, Yem yang ingin sertai aku untuk menunggu juga aku tegah, biar aku sorang je yang bikin. Aku terfikir juga akan risikonya, sesekali terlintas di minda untuk aku hentikan projek ini, mungkin sia-sia tetapi setiapkali aku putuskan, makin bergelora jiwa ingin tahu apakah gerangan makhluk itu.
Malam ini malam ke 3 aku keluar, Jimi yang semakin sihat ingin menuruti aku lepas solat tadi namun aku kurang setuju. Nanti jadi apa-apa, aku juga yang kena. Kali ini aku pergi dengan tangan kosong, Isa bilang aku nak tangkap hantu style koboi, aku tak faham sangat seloroh mamat sorang ni, koboi nak berperang pun pakai pistol. Harap-harap malam ini nasib aku baik, nombor aku naik.
Port penjuru belakang surau aku hampiri, tetapi belum sempat aku mencangkung untuk duduk, tiba-tiba ada tangan yang menarik aku ke belakang. Aku terkejut dan hampir menolak tubuh itu ke tanah tapi bila aku menoleh...
"eh, Pak Usop..!"
"kamu buat apa kat sini malam-malam ni..?" Pak Usop bersuara sambil memberi isyarat supaya aku memperlahankan suara.
Setelah aku menceritakan segalanya, dia cuma senyum. Dia yang baru sampai dari Kuantan petang tadi telah tahu hal sebenar dari Faezah. Sebagai pegawai keselamatan sekolah yang telah berkhidmat puluhan tahun di situ, dia menafikan cerita-cerita misteri yang aku tanyakan. Mungkin dia juga berahsia dan tak mahu pelajar-pelajar jadi takut untuk tinggal di asrama. Kerut di dahinya jelas menunjukkan yang dia cuba menyembunyikan fakta sebenar.
"tapi kes kamu ni macam pernah terjadi 4-5 tahun dulu, ada juga orang nampak benda tu keluar dari belakang surau dan terus menuju ke pagar belakang, terus tak nampak..." dia cuba mengingatkan sesuatu.
Sedang dia dan aku berbual dalam gelap di tepi longkang itu, tiba-tiba terdengar bunyi sesuatu yang makin lama makin hampir dengan kami. Aku yang tadi cukup tenang mula terfikir yang bukan-bukan. Aku lihat Pak Usop cuma 'bersenjatakan' lampu suluh, aku sempat meninjau sekeliling dan terlihat beberapa bongkah kecil batu-batu longkang yang pecah di hujung kaki. Dalam hati, aku mula membaca ayat kursi, ternyata apa yang aku baca bergumpal sama sekali, yang kanan sudah pergi ke kiri, yang depan sudah jauh ke tepi, yang awal tertinggal belakang sekali, semua kerana debaran yang begitu kuat di hati. Oleh kerana kami duduk di kawasan yang cukup gelap, barangkali 'benda' itu tak perasan tentang kehadiran kami. Aku cuma nampak bayangan jelas yang bergerak perlahan dan terhenjut-henjut.
Aku capai beberapa biji batu longkang yang pecah tadi dan mengikuti belakang Pak Usop yang cuba merapati 'benda' tu. Tiba-tiba Pak Usop bangun dan menjerit. Lembaga itu bagaikan terpaku dan mula berpusing untuk pergi. Aku yang ketika itu mulai berani (walaupun dari tadi aku baca ayat kursi yang entah betul ataupun tidak susunannya) turut bangun dan merejam beberapa kali ke arah 'benda' itu. Memang malam itu nasib aku baik dan nombor aku benar-benar naik. Salah satu rejaman aku terkena tepat ke bahagian atas 'benda' itu. Jeritannya membuat aku semakin teruja untuk terus melancarkan serangan.
"kamu dengar tu Di, mana ada hantu jerit adoi..!!" Pak Usop pun yang pada mulanya agak khuatir tentang 'benda' itu turut lega bila mengetahui identiti makhluk itu.
Bila aku lihat lembaga itu mula berlari ke arah kawasan mengambil wuduk di surau, aku terus mencabut selipar dan mula mengejarnya. Pakai selipar lambat beb. Malang bagi lembaga itu kerana tersungkur atas simen yang agak licin. Aku dapat melihat kelibatnya yang agak jelas, namun muka dan sebahagian badan masih bertutup cadar putih.
Sebagai menepati janji aku untuk 'ajar' makhluk puaka ini yang telah menyebabkan Jimi demam, aku tinjau sekeliling mencari apa yang boleh aku capai untuk aku hadiahkan selibas dua ke atas makhluk mangkuk ini. Walaupun aku cuba mencari baldi atau timba plastik, yang ada cuma terompah, takkan aku nak pijak dia ni guna terompah..? Namun mata aku asyik berpaling kepada satu hos getah yang tersangkut atas palang pintu stor surau. Aku tersenyum memikirkan rezeki aku ketika itu. Hati berbisik... 'hos getah lagi? ini senjata rasmi ke apa..?'
Saat aku mula mencapai hos getah itu, Pak Usop telahpun tiba dan mula mengikat ke dua tangan puaka itu. Dia menjeling pada hos getah yang masih aku pegang.
"kamu nak buat apa dengan hos tu..? Nak pancut air pada muka dia...?"
Aku cuma mengangguk senyum.
"Aku nak pegi panggil cikgu Roslan kejap, tengokkan jangan bagi dia lari, kamu jangan pukul budak ni pulak.." dia mengingatkan sambil melangkah pergi.
Aku mengira sampai sepuluh (Pak Usop mesti dah jauh ni) dan mula menarik cadar yang menutup mukanya untuk aku jelas melihat dia menjerit nanti. Memang budak luar, tak pernah tengok pun rupanya di sekolah ini.
"aku nak kau tengok muka aku puas-puas, nama aku Eddie, aku naga sekolah ini, biar kau teringat sampai bila-bila kau nak masuk sekolah ini lagi nanti..." aku mula bersuara.
Aku mula golekkan dia mengadap lantai dan mula melibas belakangnya dengan hos getah itu. Jeritannya memecah keheningan tetapi aku tak merasakan apa-apa, mungkin takde 'sun' aku nak tibai mangkuk ni kot.
"yang ini untuk Jimi..." libasan terakhir melekat di pinggangnya sebelum aku pusingkan dia kembali ke posisi asal awal tadi. Dapatlah 5-6 kali kena sesah, sebagai ubat aku tunggu 3 malam kena gigit nyamuk.
Pak Usop datang bersama cikgu Roslan dan seorang warden dari asrama puteri untuk membawa si puaka itu ke balai polis. Mengikut cerita dari cikgu Roslan, sebelum ini berlaku kes yang serupa bila mereka memanjat pagar melalui belakang surau dan memecah masuk pejabat pentadbiran asrama dimana kunci-kunci penting sekolah, wang tunai dari yuran asrama tersimpan dan kemudian menggunakan kunci-kunci yang diambil untuk mencuri di kawasan sekolah pula.
"sempat juga kamu ye..." Pak Usop hanya tersenyum melihat kesan melelas di belakang 'makhluk halus' itu ketika dia di masukkan ke dalam kereta.
Setelah berpuas hati dengan keterangan dari cikgu Roslan dan mendapat pujian atas keberanian dan kesungguhan aku, aku mula mengatur langkah. Puas hati dan berbaloi. Aku tersenyum sendiri. Teringat bila Pak Usop cakap masa kami sedang menunggu tadi... 'Faezah tu risaukan kamu, tu yang aku datang tengok-tengokkan kamu kat sini...'
Senyum lagi. Ketika aku mula masuk ke dalam kawasan dorm, aku terpandang satu kelibat putih melintas antara pokok mempelam terbang menuju ke kawasan gelanggang tenis...
Aku tergamam.
[bersambung...]
.

Aku sedang seronok melayan evergreen dari Sil Khannaz 'Eastern Barbaric Skullcrusher'.
Aku sedang menanti hujan teduh.. asal November je basah, asal basah je November...
Aku sedang berkira-kira untuk berhenti sejenak, relax sambil berasap, walaupun batuk setengah mati.
Aku sedang merancang sesuatu untuk Disember ini.
Aku sedang dalam peringkat akhir draft siri Senandung Raja Naga episod terbaru dan dijangka akan keluar besok.
Aku sedang dalam kerinduan...
Aku sedang berfikir pasal game Super Sunday ni, kalau Chelsea menang, apa yang aku nak kutuk Berteromber, kalau kalah... mana aku nak blah, cabut...
Aku sedang mengumpul material untuk update blog as frequent as I could, supaya Nuffnang berbuih nak kira duit aku supaya aku boleh beli telefon baru Samsung Omnia yang garing dan rangup itu.

Untuk adik gua, Harlina Laili Shukur, sila senyum ye.. next time jangan petik nama gua lagi. Enjoy the weekend like we own the game and the day. Blue blood forever!
.