Sunday, July 19, 2009

Semerbak Kasih Baru...


Apabila kebosanan terhadap cinta yang ada memuncak, aku mula merasakan bahawa kecurangan merupakan satu option terbaik, tapi ia tak bermakna kasih aku terhadap band2 yang selama ini jadik peneman kala duka makin berkurangan, tidak sama sekali. Cuma aku perlukan sesuatu yang baru, sesuatu yang berlainan, yang masih dara...!

Hahaha... korang jangan terbeliak pulak, dah memang ayat2 yang aku bikin dalam blog ni agak lari dari yang biasa korang baca. Ok, itu dah lari topik, dalam mencari sound2 metal yang fresh, band2 yang baru bertapak, aku terbaca tentang satu band heavy metal dari Denmark yang mengiringi gergasi megaband, Metallica untuk tour Death Magnetic keliling Amerika Utara dan Kanada bermula Oktober hingga habis 2009. Bila terbaca part James Hetfield begitu teruja bila mereka (Volbeat) ingin menyertai tour tersebut, hati terdetik... "fuh, ini mesti band bagus ni...!"

Aku mula mencari Volbeat menerusi laman sesawang (websites) yang ada, aku dapat tahu diorang baru release album terbaru (cover gambar atas tu) berjudul
Guitar Gangsters & Cadillac Blood pada September 2008. Dengan pantasnya aku mendengar lagu2 tersebut di Youtube. Muzik mereka memang ada kelainan, campuran (fusion) antara Rock n Roll era 60an dan dentuman heavy metal yang rangup. Tidak selaju manapun iramanya, jugak tidak berat sangat apatah lagi gelap sarat dengan setan gondol semua tu. Just nice. Sedap ditelinga aku, manis dipandang, dengan sound yang cukup mendebarkan jiwa. Confirm, inilah kasih baru yang semerbak mengharum di jiwa aku sekarang. Dalam hati berbisik, kau layak untuk aku tiduri (terus sedut Mp3 diorang melalui Ares)

Sebab apa aku sedut...???

A - sebab tengah kering, beb...
B - sebab aku pasti, kalau aku cari kat kedai2 muzik, band2 macam gini, aku pasti amoi kedai tu akan ternganga bila aku tanya pasal CD ni, pastu buat muka pelik macam aku berbogel dan menari poco2 depan dia... adoi!


Mari kita berkenalan dengan budak2 Volbeat ni dulu, kepada peminat2 kartun atau permainan video Pokemon, ini bukan Volbeat, salah satu species Pokemon, beb... jangan salah sodok pula ye.

Volbeat telah diasaskan oleh encik Michael Poulsen pada 2001 selepas beliau bertumbuk dan keluar dari band Dominus. Beliau yang amat meminati muzik2 dari Elvis Presley, Johny Cash mula membuat lagu2 heavy metal dengan sedikit perisa rock n roll stail 60an. Lebih kurang Metal Pop Yeh Yeh laa kalau kat Malaysia yang band Kristal bikin tu. Mereka mendapat tawaran bikin album dengan Mascot Records dari Belanda dan album sulung Volbeat,
The Strength/The Sound/The Songs telah terbit sekitar 2005. Mereka memenangi anugerah Album Sulung Terbaik pada Danish Music Award dan Anugerah Steppeulven untuk band rock Hope of The Year 2006

Album kedua Volbeat, Rock The Rebel / Metal The Devil
muncul sekitar 2007 dan album ini mendapat anugerah platinum dan emas di Finland dan Denmark. Mereka juga memenangi anugerah Album Terbaik 2007 pada Danish Music Awards.


Album mereka yang terkini, Guitar Gangsters & Cadillac Blood juga mendapat pengiktirafan platinum di Denmark, carta nombor 1 bagi Finland dan Denmark serta menduduki tempat pertama dalam carta radio Kg. Oren, Ulu Tiram. Band baru dengan muzik yang berlainan, bila tekak aku mudah hadam je, maka berdentum dentam laa muzik diorang menerawangi ruang minda, gegendang telinga tak kira tengah malam, waktu sarapan, sambil korek hidung mahupun tika menuju bilik air untuk mandi wajib...

"saja-saja mandi ataupun sahaja aku mandi..."

- Kumpulan Sepah.

Eh, jomlah dengar lagu diorang, lagu berjudul Maybellene I Hofteholder. Aku pasti korang mesti seronok dengan irama catchy diorang... serious!!!


36 comments:

zonaku said...

1st!

zonaku said...

lps keje esk je la dgr...

dah lambat sgt nie...karang bawak ngigau lak kt volbeat nie...

zan said...

Se metal-metal diorang, pakai t-shirt Ramones lagi tu...

Gabba-gabba hey!

LotsOfLove-Pearls said...

fulaaaamak..
memang minat habes ar ngn band...

thanks sharing..

berteromber said...

menarik...nanti gua try sedut utk cekidout...

er.. kg oren,ulu tiram tu kat norway kan?

...$weE+ 666... said...

wakakakakaka part menari poco2 bogel tu yg tak tahannn tuh!!! evil arrr bila imagine! wakakakakaka!~ \m/ hailz bro!

deaf_angel said...

lawa ler foto atas stage tu

sis_nita said...

gambar atas sekali tu, cover album depa ke bro..?

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Betul-betul. Aku pun selalu rasa macam tengah bogel depan amoi tu bila CD yang aku nak takde. Payah sikit kat malaysianie. kalau ada pun kat kedai besar-besar macam tower record(mahal gila) tak pun MPH one utama (okla). Tapi nak puas pegi Indon my friends. Insyaallah jumpa. RM 25.00 average satu CD.Banayak jugak CD aku beli kat sana. Black dan reload aku asal kat sana.

SkiD said...

Ayat2 ko dlm entry ni memang buat aku tercungap. Ada gak radio Kg Oren yek? Tak tenggelam kena banjir ke? Lagi satu menari poco2 sambil bogel?...peh kalau amoi tu yg menari ok gak...

eddie dewanaga said...

zonaku dan zonaku,
1st... really???
sweet dreams my dear.



zan,
Ramones pencetus rebel dalam muzik!

eddie dewanaga said...

L.O.L,
seriously..???
hehehe...




berteromber,
Kg Oren kat Belanda beb, yang Norway tu Majidee Baru dgn Kg Bendahara.

eddie dewanaga said...

sweet zizie,
serious beb, record stores kat Malaysia ni langsung tak Metal-friendly...



deaf angel,
fuh... foto atas stage eh berbual, lu dah step Ross Halfin, beb... serious!

eddie dewanaga said...

sis nita,
yes it is...



Shafid,
setuju 100%....!!!

eddie dewanaga said...

skid,
gua tak main poco2 bro... gua bikin line dancing ala2 koboi tu. wild west gitu!

kampung oren tu jgn kata radio, siap ada satellite sendiri tu, lu tak caya tanya berteromber!

JiEjAh_DeEn said...

poco² ? miahahahaha terbayang lak eddie berpoco² depan amoi :P

Joe said...

"Apabila kebosanan terhadap cinta yang ada memuncak, aku mula merasakan bahawa kecurangan merupakan satu option terbaik"

bro, kata2 yang amat bernas. haha!

eddie dewanaga said...

jiejah,
gua kalau poco2, serious... buruk!!!



joe,
bro, karang kena piat telinga dgn org rumah, lu jgn salahkan gua ye.

Hidemichi said...

aku tak tau dulu mcm mana aku leh terlayan Morbit Angle!

Portdy said...

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said:
"Betul-betul. Aku pun selalu rasa macam tengah bogel depan amoi tu bila CD yang aku nak takde...."

aku sonkong statement ni sebab selalu teman En Shafid pegi kedai cd dan selalu kena macam ni....
rasa macam bogel berdua kan Pik? orang boleh salah faham ingat pasangan gay pulak huhuhuhu....

[yAN!e][pUTraJAya] said...

ingatkan curang dalam percintaan

hahaha intro ayat tak bleh blah

kekkekke

cik nana~ said...

poco2???
buat laaaaa

:: Cikgu Wiween :: said...
This post has been removed by the author.
:: Cikgu Wiween :: said...

mamat yg dua dr kanan tuh hensem tuh. huhuhu apa lagik bro eddie..da sedut tuh burn laa 8 copy tuk ween. :p

July 20, 2009 10:02 AM

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Rasa macam badut sarkis pun kadang-kadang pun ada.

penjenayah merah jambu. said...

jom lawan menari poco2 versi rock!
haha,teringat pulak dulu tanye amoi kdai cd,nk Panic at the disco.
dia pandang atas bawah terus geleng,"kiterang tak jual lagu disco kat sini".ops.

ani Mafia said...

-> aku pasti amoi kedai tu akan ternganga bila aku tanya pasal CD ni, pastu buat muka pelik macam aku berbogel dan menari poco2 depan dia..

HAHAHAHAHAHAAHAHHA. :D !

hey...ini aku said...

hehehe.. ayat tak bleh blah! mcm crita psal awek td rupanya psal band metal.

eddie dewanaga said...

hidemichi,
Morbid Angel...???
fuh, lu lagi extreme eh...!



portdy,
hahaha... masa shapid tolak ferrari dia, ada tak amoi salesgirl tu cuba utk berbogel...???
boleh tumpang pi kerja!

eddie dewanaga said...

yanie,
abang eddie tak pernah curang dgn sesapa pun, serius!
nak try...???
huhuhu...



cik nana,
gua tak sehebat cik nana dlm tarian ini, kalau bikin moonwalk pun dah macam badak sangkut dalam parit je...

eddie dewanaga said...

cikgu wiween,
sedut dan bakar...???
hmm...



shafid,
badut sarkis tu ok lagi, masih dalam bentuk org, tapi kalau dah mcm penguin mabuk todi... huh!

eddie dewanaga said...

aina sepet,
hahaha... cuba aina tanya kaset herman tino, hahaha... amoi tu sebenarnya confuse, aina punya mata lagi sepet dari dia.




honey bunny,
miss u so damn much... serious!!

eddie dewanaga said...

dinie mustafa,
ayat mesti rangup, baru org baca garing!

[S]itie [B]Um [B]Um said...

blajar utk setia. cewah!! hehe

Vee Violet said...

hahaha...
ingatkan cakap pasal perempuan tadi...
=)

eddie dewanaga said...

siti,
gua setia pada yg satu, beb... soalnya, sorang pun blom ada yg setia pada diri ini, cess...!!!

huahuahua...



vee violet,
hahaha... kurang tepat!