
Dari JB ke SB... menelusuri Tanjung Puteri, Johor Bahru dan terbang merentas benua menuju Stamford Bridge, itu status FB aku sabtu lepas, dalam pada orang sibuk-sibuk ke Bukit Jalil tengok persembahan bunga api dan mercun, asap berkepul-kepul dan rejaman botol, hehehe... first time aku tengok bomba jaga final game kat stadium.
Ramai yang tanya, mana entry aku untuk game Super Sunday..?? Memang aku nak bikin review, tak berkesempatan, last-last aku letak gambar je. Orang bilang gambar ni dapat menceritakan seribu kisah...

Moment ketika hasrat itu bakal di realisasikan... John Terry dengan Joe Cole adalah member aku kat Facebook, satu hari dia ajak aku turun London tengok game, aku pilih ah 8 November punya game, bersejarah tu. Aku pun pergi la, dah orang offer, nanti kata tak sudi pulak, kan..?



Tersergam megah mahligai kayangan Chelsea FC, dengar cerita kalau jadik renovate, Samsung yang keluarkan modal, tapi dengan syarat, nama kekal Stadium Samsung. Pengharaman atas pembelian pemain oleh C.A.S dan FIFA telah digantung buat sementara, Encik Carlo Ancelotti tengah deal nak ambik Franck Ribery dari Bayern Munich. Jika tak dapat jugak, Chelsea mula usha player-player muda seperti Angel Di Maria dari kelab Benfica dan Alex Teixiera dari kelab Vasco da Gama.




Gambar atas dan bawah ni sekitar dalam stadium, ni pinjam kamera bini Joe Cole, henfon aku bateri weak...


Orang dah ramai memenuhi kawasan, budak yang pegang bendera logo depan ni, nampak je macam anak mat saleh, rupa-rupanya abah dia budak Masjid Tanah, Melaka. Patut ah dia asyik tanya aku, ada tak bawak belacan Kelebang datang sini. Aku senyum je. Bodoh betul, aku dah bilang dari JB, dia sibuk tanya pasal belacan...
Whoa... ini banner betul-betul buat aku meremang bulu roma siot, rasa macam nak terkencing pun ada. Mungkin suhu London yang agak sejuk.
Maskot Chelsea FC, Stamford the lion... cukup baik hati dan friendly, dia ada suruh kirim salam kat Fasha Sandha, kata dia Fasha tu sexy, gila horny betul ini singa. Aku anggukkan aje.

Gol tunggal perlawanan, aku anggap Terry je yang heading gol ni walaupun masa tu Abdul Salam Bilal (Nicolas Anelka) pun kena gak bola tu lalu kepala dia. Bukan apa, Terry dah belanja aku tengok game ni, karang kecik ati, susah ah...


Korang tengok live tak masa ni..?
Haa... kalau korang perati betul-betul, diorang ni tengah jerit betul-betul depan aku. Hehehe...

Ada sesapa tertinggal muffler kat sini woi..??
Karang aku ambik bawak balik Malaysia kang...!

Aku pada mulanya ingin bergambar kat sini, tapi Joe Cole sound...
"come on Eddie, are you twelve or what..??"
Adoi.. slow je aku blah, yelah, budak-budak baru naik boleh ah nak ambik gambar kenangan kat situ. Takpe ah, nanti aku repeat sini lagi.

Relax one corner kena lemonade dulu sebelum Terry hantar aku balik.

Walau dalam kepenatan lepas game, dia dan Joe Cole sanggup nak tolong hantar sampai airport...

Sampai rumah terus tido... eh, ke aku mimpi je tadi..???
Suasana sejuk akibat hujan November, impian Manchester United rabak di mahligai syurgawi. Mungkin ada yang mencebik, ala... 1-0 je pun, tapi jangan lupa beb, lima mata leading dalam takhta liga, belum cerita Arsenal yang di tangga kedua tu lagi, kalau kena jugak dengan The Gunners tu, aku dah tak tau nak bilang apa lagi la...
Untuk Arsenal, there's only one team in London!!!
.

43 comments:
1 - 0 ponnn kanss..
aku tetap suka sbb dapat makan free selama seminggu..
:)
pergh...padan la lambat review...jenuh cari gambo eh..haha..
lu tunggu return kat Old Trafford nanti!
sis nita,
good for you...!!
berteromber,
return kat mana..?
padang sri gelam..??
woh klo ko tak bilang tu hanyalah mimpi mmg aku nak tny siap2 "ko masuk ikut pintu mana?"
tak jumpa plak ahad lps!
Entah kenapa..
Aku memang susah nak terima fan yang sokong Chelsea ni.
Automatik aku akan cakap dorang poser pasal mula sokong bila team dah kuat (baca: tokey itik getah take over). Seperti juga suka Manchester United pasal "ui, Bekham tu hot la" atau "Ronaldo pun cute jugak"..
Bukan sokong dari zaman2 kegemilangan Chelsea sebagai team yang "manager is a player" sebagai contoh dari era Gullit, Vialli, Zola..
Dan aku harap kau bukan termasuk dalam golongan di atas beb.
p/s: Aku masih respek team2 lawan dengan mengeja nama penuh pasukan dengan betul. YNWA!
Kat sana ad jual rokok dunhill tak?
1- jam tgn kiri.. x best
2- cute arrr stamford d lion tu.. pesal x bawak balik satu..... leh teman tdo..
3- muffler tu penuh air liur basi.. basuh dl sblm pakai yer...
4- tilam x der cadar ke bang???????
wah abg eddie vbest nyer-semut
Fuyooo!!! siap dengan gambo sekali... ko bercerita memang best. Macam aku pulak yang nak gi London. Apa pun tahniah. Musim masih panjang... Aku pun rasa macam nak cari team EPL le satu untuk 'dipuja'... sekarang ni lalang....huhuhuhu...
yg lain x amek port
yg singe horny tu wa suka
kahhhhhhhhhhhhhhh
UIKKKKKKKKKKK pergi jln² x ajak punggggggg !!!!!
Eddie...nak ajak lu return Padang Kg. Oren..tapi padang sana dah kena sodok buat rumah pulak..
Er..Zan..adakah Encik Eddie kita ni seorg glory hunter...huhuhu..
UNITED!UNITED!UNITED!
Steadylah Chelsea...kim salam kat Abd Salam bro.
heheheeh
bro seronok la dpt pegi SB...
ehheeheh
birunyeee....
cute car...
vee nak satu!!!
^^
peminat tegar chelsea nih
apa2pun liverpool ttp dihatiku
haha
cik chelsea,
kalau jumpa, serious pagi isnin lu dengan gua lambat masuk ofis, dan basah berdua... (sebab ujan)
zan,
gua adalah peminat Road To Wembley (sumpah, sampai sekarang pun masih mencari lagu tema dia untuk jadi ringtone) dan kenal player2 yg bermain di liga Inggeris seawal sekolah menengah. Seriously, masa tu tiada kelab yg minat secara terperinci, tetapi antara Everton, Liverpool dan Newcastle memang terkenal, lebih2 lagi ada ex-student hostel gua yg belajar di daerah tersebut...
Lepas sekolah, gua first ikut2 member je minat Chelsea (arwah Encik Basir Pos dan Abang Raman Biawak) kerana star player diaorang macam John Spencer,Nigel Spackman... dan era Glenn Hoddle ketika player dan manager...
takmo cerita pasal Vialli, Di Matteo, Petrescu dan Leboeuf, apalagi Zola dan Gullit... semua orang tau.
Shafid,
rokok dunhill gua tak nampak, tapi rokok gulung inti tembakau lembab2... banyak!!!
zonaku,
1. who cares...?
2. seriously...??
3. okay...
4. kalau buah ati bermalam, baru gua pasang... otherwise, seriously, who cares..???
semut,
mimpi memang best... but reality, bites!!!
skid,
jangan ikut kawan, pilih ikut hati lu... baru cara!
el,
singa tu minat Fasa Sanda beb...
jiejah,
takleh ajak lu, tiket cukup2 je... huhuhu!
berteromber,
Kampung Oren dah jadi metropolis, nasibnya serupa Skudai Kanan.
hidemichi,
lagi sekali gua fly sana gua roger...
besi,
mesti seronok jika impian jadi nyata, one fine day.. insyaallah.
vee violet,
kancil turbo biru tampal sticker chelsea nak...??
hans,
simpan je dalam ati...
Ok beb.
At least wa dah tau yang lu memang betul2 berketurunan "belangkas" (belangkas berdarah biru kan? haha).
Memang patut lu pun ada cita2 mau jejak SB jugak satu ari nanti. Sama juga macam wa nak jejak Liverpool & Anfield satu ari nanti...
YNWA!
Cik Zan,
Aku pun nak pergi old traffordla macam tu.Mesti bestkan. Nak pergi stadium Tan Sri Hj Hasan Yunus takde orang kat sana.
Dekat 20tahun tak tengok bola kat situ.
Cik Naga,
Tembakau basah eh. Hehehe. Cap ayam ke, cap kapal terbang. Siap cengkihtak?
guan teringat lagu tanjung puteri version as-sahar...lagi syahdu beb!!!
the blues still got the blues!!!!
zan,
apa boleh buat, taik kambing bulat-bulat.
shafid dan shafid,
stadium larkin tu sentiasa terbuka untuk hari sukan sekolah atau syarikat...
tembakau basah cap unta byk kat sana... british american tobaccos.
meor ballack,
u are right, my friend, sesungguhnya album baku karama berada di kelas yg tersendiri...
memang demam bola ar..
aku layan jek bola2 nie tapi tak berpihak di mana2 pasukan. Hehe..
Just tengok jak..
hohohooo...jalan cerita yg sgt bagus.. yahUuuuUUuuu~
dah jumaat...
mana senandung?
maner senandung raja naga nie abang? naper lambat updated?? =p
weii..
ko tak update kat pesbok ke..?
naperr ko ilang dari pandangan wall aku eh..?
lama tak nampak tuu..
joe kimsalam bro..
wah yeker abg eddie oi kantoi:P
lawak laa entry ko nih
L.o.L,
just enjoy the game... kalau menang kita tak rugi, kalau kalah kita tak mati...
N.a.N.a,
hehehe... terima kasih Nana comel..!
zonaku,
Senandung tengah sibuk dan kurang sihat...
N.a.N.a,
sabarlah sayang...
nita joe,
gua cari lu pun takde... wassalam... kim salam balik pada Joe Racik Simpang Tiga SiJangkang.
semut,
sang naga knows everything tau...
axim,
gua kan selain raja naga, masuk jugak raja lawak...
lu bz ke bro,
lame sangat 'naga' lu x update..hehe
aikkk, kojah xda komen kt cni lagik ek?
yg paling besau nampak tilam xda cadarrrrr!hahahahaha
meor,
busy dan kering idea, batuk dan selsema...
kojah,
time tido, gua tarik cadar, kalau tak berkedut... gua ni species malas.
Post a Comment